#Hiburan: Penerima Vaksin Sinovac Perlu Dapatkan Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi sidang media sebentar tadi telah memaklumkan kesemua penerima vaksin Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak.

Penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu dapatkan dos penggalak pada Feburari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Advertisement

Hal ini susulan situasi yang berlaku apabila dunia dikejutkan lagi dengan kehadiran varian Omicron yang dilaporkan lebih bahaya dan mampu merebak dengan mudah.

Selain itu, individu berusia 60 tahun dan ke atas bagi kesemua jenis vaksin juga perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Dalam erti kata lain, status individu pada aplikasi MySejahtera yang tidak mendapatkan dos penggalak bukan lagi memaparkan menerima vaksinasi lengkap kelak.

Difahamkan langkah ini dibuat bagi meningkatkan imuniti setiap penerima vaksin menerusi suntikan dos penggalak.

Setakat ini, kes kedua varian Omicron di Malaysia telah dikesan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang tinggal bersama keluarga di Nigeria dan pulang ke Malaysia.

khairy jamaluddin
4 jam lalu

KKM Kesan Kanak-Kanak 8 Tahun Positif COVID-19 Dari Varian Omicron

The post Penerima Vaksin Sinovac Perlu Dapatkan Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments