Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan lagu terbaru berjudul Amaran sebagai satu bentuk sindiran berikutan kontroversi yang menimpanya pada ketika ini.
Ujar Siti Nordiana,37, dia tidak menyindir pihak tertentu menerusi persembahan lagu duet bersama penyanyi Bunga Isme ini.
Meskipun begitu, dia mengakui bahawa dirinya tidak dapat menolak pandangan dan perspektif orang terhadap single terbaru nyanyiannya itu.
Lagu ini memang tak ada kena mengena dengan apa yang berlaku. Saya tak pasti kenapa orang boleh kaitkan dengan perkara itu dan tak sangka mendapat reaksi sebegitu.
Memaklumkan bahawa lagu itu hanyalah sekadar hiburan, dia tidak berniat untuk memberi ‘amaran’ kepada sesiapa.
Lagu ini memang dari awal lagi tajuknya ‘Amaran’ dan dah tak boleh nak diubah. Ia hanyalah hiburan, bukan untuk memberi amaran kepada sesiapa.
Perkembangan lain, Siti Nordiana berkata dia kini memilih untuk menjalani hidup seperti biasa selepas kes saman fitnah yang dihadapinya kini.
“Saya meneruskan hidup seperti biasa dan tak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku. Apa yang penting saya nak fokus pada karier dan biarkan pihak mahkamah yang selesaikan isu tersebut.” jelasnya mengakhiri bicara.
The post Namakan Single Baharu ‘Amaran’, Siti Nordiana Tak Sindir Sesiapa Berikutan Kontroversi Fitnah 5 Sekawan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments