#Hiburan: “Tak Tua Langsung, Macam Umur 17!” – Sambut Hari Kelahiran Ke-37, Nana Mahazan Bergaya Dengan Rambut Gaya Baru

Siapa tidak kenal Nana Mahazan yang dikenali sebagai seorang yang sentiasa bergaya dan ‘stylish’ walaupun sudah mempunyai dua orang anak.

Dia yang baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-37 pada 1 Julai lalu telah memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun instagramnnya.

Menerusi entri tersebut, Nana yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) telah tampil dengan gaya terbaru yang ternyata telah menarik perhatian netizen.

View this post on Instagram

New do new me. #nana37wey @dhairmony @marcotiaw . #DuabyNanaMahazan in code : Fantasy

A post shared by ???? ???????®? (@nanamahazan) on

View this post on Instagram

37! #nana37wey #nanamanusiagigih @dhairmony ???

A post shared by ???? ???????®? (@nanamahazan) on

 Nana turut berkongsi proses penggayaan rambut terbarunya menerusi entri instagram. Menelusuri ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat telah memuji gaya rambut terbaru Nana yang menampakkan dia lebih muda dari umurnya yang asal.

Pemilik nama Nurul Hana Binti Che Mahazan dalam perkembangan terkini sedang sibuk mempromosikan kedai barangan kecantikan secara online iaitu nanamahazanbeauty dan turut aktif menjadi pengacara siaran televisyen.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments