Meskipun sudah penat menepis persoalan berumah tangga, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz menyatakan selagi belum akad nikah, selagi itulah soalan ‘cepu emas’ itu terus diajukan kepadanya.
Menurut Azira, biarpun umum mengetahui hubungan cintanya dengan ahli perniagaan, Yasser Khan yang sudah berlarutan selama lapan tahun, namun, jodoh belum tiba.
“Jujurnya, saya penat menjawab persoalan kahwin. Sama seperti orang lain, apabila berkahwin, orang mula tanya bila mahu menimang cahaya mata.”
Ujar Azira, calon suami sudah ada, namun tarikh untuk melangsungkan perkahwinan sahaja belum ditemui lagi.
“Saya tak tahu nak cakap bila. Saya selalu cakap tahun depan, tetapi sampai sekarang, kami tiada tarikh yang tepat. Tetapi, apa yang boleh dikongsi, mungkin tahun hadapan, doakan.”
Katanya, beliau sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin, namun bukanlah dalam keadaan mendesak, apatah lagi sedang sibuk membina kerjaya.
“Bohonglah, jika saya cakap tak berharap kerana kami sudah lapan tahun menjalinkan hubungan. Saya percaya ketentuan Allah. Jika Yasser jodoh yang ditakdirkan, masanya akan tiba juga.”
Terdahulu sekitar tahun 2019, anggota kumpulan De Fam ini mengakui bersyukur apabila kembali bercinta semula dengan kekasihnya, Yasser Khan selepas enam bulan berpisah.
Bagaimanapun, Azira dilihat tampil menjelaskan dirinya memilih untuk kembali ke pangkuan kekasihnya kerana yakin Yasser memiliki segala kriteria dicari dalam diri seorang lelaki.
Sumber: BH Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments