#Hiburan: “Saya Rasa Kelakar Sebab Dia Terlalu Muda” – Zizan Razak Tak Simpan Perasaan Terhadap Hawa Rizwana

Bagai tidak terlepas daripada telahan nakal kononnya sedang hangat bercinta dengan penyampai berita dan pengacara Hawa Rizwana, nama pelawak Zizan sekali lagi terpalit dengan kontroversi bercinta.

zizan hawa rizwana

Meskipun mengakui Hawa seorang gadis yang baik, namun menurut Zizan, beliau langsung tidak pernah menyimpan perasaan terhadap personaliti televisyen tersebut.

Tambah Zizan beliau seolah tidak tahu mengapa dirinya digosipkan dengan gadis tersebut kerana beliau hanya menganggap Hawa sebagai adik sahaja malah tidak lebih daripada itu.

zizan hawa rizwana

“Saya juga tak pernah ada perasaan kepada dia dan pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja. Cara mengayuh pun menunjukkan dia seorang yang fokus dengan apa yang dia buat.

Ujarnya lagi, beliau tidak mahu gossip seperti ini menjejaskan nama baik kedua-dua belah pihak kerana mereka berdua mempunyai kerjaya masing-masing.

Di samping itu juga, Zizan mengakui risau andai spekulasi seperti ini akan mendatangkan perkara tidak baik pada masa akan datang.

zizan hawa rizwana

“Saya pun tak nak orang bercerita begini sampai jadi gossip orang mula percaya yang kami ada apa-apa. Kalau tak fasal mengayuh, kami tak berhubung pun.”

Bagaimanapun, Zizan yang popular dengan sikap profesionalnya itu menyifatkan cubaan orang sekeliling untuk satukan dirinya dengan Hawa adalah tidak masuk akal kerana gadis tersebut terlalu muda dan kerjayanya dalm industri media juga dikhabarkan masih baru bermula.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zizan dikhabarkan sudah bertunang dengan gadis dari negeri Terengganu, namun menafikan dakwaan tersebut kerana menyatakan dirinya masih solo tanpa sesiapa di hatinya lagi.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments