Zahir rasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya matanya yang pertama baru-baru ini, pelakon dan usahawan Ardell Aryana kongsi kisah sewaktu dirinya masih di dalam pantang kepada mereka yang sering bertanya tentang perkara tersebut kepadanya.
Menurut Ardell, dirinya hanya mengambil servis penjagaan “Confinement Lady” untuk 7 hari sahaja. Selebihnya menghabis baki berpantang secara sendiri selepas tenaga kembali pulih.
“Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.”
Tambah Ardell lagi, kerjanya banyak dipermudahkan sepanjang berpantang. Malah barangan keperluan berpantang seperti bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain dibeli asing.
“Selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga, urut, bertungku semua. Yay dah Merdeka.”
Untuk rekod, Ardell telah diijabkabulkan dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments