Selamat menyambut kelahiran anak keduanya semalam, pelakon Shukri Yahaya zahir rasa syukur apabila isterinya, Tya Adnan selamat bersalin bayi lelakinya pada pukul 2.18 petang di sebuah pusat perubatan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Shukri menerusi Instagram, malah Shukri juga turut berkongsikan sebuah video bersama cahaya matanya yang baru lahir.
“Terima kasih pada uncles dan aunties yang dooakan untuk kesihatan, keselamatan mommy @tyaadnan dan baby yang baru lahir ni. Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, Amin.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah atas kehadiran cahaya mata baru itu. Malah, ramai dalam kalangan peminat juga seakan tidak sabar untuk melihat wajah bayi tersebut secara jelas.
Terdahulu, Shukri mendedahkan bahawa beliau dan isteri sangat teruja untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka.
Untuk rekod, Shukri telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang kini dikhabarkan berusia 4 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments