#Hiburan: “Aduh, Viral Pulak Video Lama Ai!” Netizen Terhibur Individu Muka Seperti Remy Ishak Menari Lagu Artis Korea

Viral sebelum ini video sekumpulan lelaki sedang menari lagu Blackpink iaitu How You Like That di laman twitter.

Namun, yang menariknya, salah seorang daripada anggota ahli kumpulan terbabit dikatakan mirip benar dengan aktor kacak, Remy Ishak.

Video tersebut ternyata telah menarik perhatian netizen kerana Remy Ishak tampil memberi respon yang agak kelakar.

“Aduh…viral pulak video lama sayaa…”

Apabila diteliti, wajah penari berkenaan memang seiras dengan Remy Ishak. Namun, ada juga peminat yang mengatakan ada sedikit iras dengan Aeril Zafril. Malah, Aeril turut memberi respon terhadap video tersebut.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments