Susulan pengumuman daripada Finas pada hari ini yang mengatakan bahawa lesen diperlukan untuk semua bentuk penggambaran dan rakaman media sosial peribadi, nampaknya hal ini tidak diterima dengan baik oleh ramai anak muda.
Melihatkan reaksi negatif daripada rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa perbadanan tersebut tidak berniat langsung untuk menyekat kebebasan peribadi individu di media sosial.
Disebabkan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 yang sudah digubal hampir 40 tahun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedar bahawa ianya pula diperbaiki memandangkan aplikasi seperti TikTok dan YouTube yang tidak wujud pada ketika itu.
“Ini telah pun saya nyatakan dalam sidang media kad laporan 100 hari saya sebagai menteri KKMM pada 20 Jun 2020, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.”
Kalau anda nak tahu, hal ini kembali menjadi perhatian ramai selepas ia digunakan terhadap Al Jazeera yang didakwa menjalankan penggambaran dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” tanpa kebenaran Finas.
Khabarnya, Al Jazeera mendakwa dokumentari itu yang merupakan sebahagian daripada program mingguan ‘101 East’ kononnya tidak memerlukan lesen tersebut.
Apabila ditanya mengenai sama ada lesen diperlukan bagi pengguna media sosial atau tradisional, Saifuddin menjelaskan bahawa kementerian sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.
Malahan, beliau mendedahkan bahawa kementerian terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam menambah baik akta yang berkenaan termasuklah kesemua undang-undang yang berkaitan dengan kehendak semasa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments