Mensasarkan tempoh lagi satu atau dua tahun ke hadapan untuk mendirikan rumah tangga, pelakon Azrel Ismail berkata dia lebih selesa untuk mengenali pasangan yang bukan dalam kalangan orang industri seni.
Dia yang sebelum ini pernah menjalin cinta dengan orang dalam industri kini lebih gemar memilih wanita luar dari bidang seni.
Pernah dikatakan bercinta dengan pelakon baru Sharifah Husna, Azrel menjelaskan kriteria utama yang perlu ada pada bakal isterinya itu haruslah seseorang yang memahami.
View this post on Instagram
“Kriteria paling penting adalah dia pelru memahami kerja saya sebagai pelakon. Dia kena tahu bagaimana saya bekerja dan apa yang saya buat sekarang,”
Namun, Azrel berkata dia kini hanya ingin fokus untuk mencapai apa yang diingini dan bekerja sekuat mungkin untuk bekalan masa hadapan.
Perkembangan terkini, Azrel baru-baru ini ditemui di dalam pelancaran Stesen TV baru iaitu Awesome TV yang dijangka bersiaran pada Ogos depan.
Sumber: Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments