Terpancar jelas sinar kebahagiaan nampaknya buat aktres Zarina Anjoulie pada ketika ini setelah dia selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Eilyas Azhar pada jumaat yang lalu.
Kini, instagram Zarina dipenuhi dengan perkongsian gambar-gambar kenangan sekitar hari pernikahannya bersama suami tercinta. Sudah pasti, ramai yang mendoakan kebahagiaan Zarina setelah ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah dan doa selamat.
Namun, yang lebih mencuri perhatian netizen adalah gambar Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju ini bersama dengan kedua ibu bapa mentuanya.
“Saya sayang keluarga mentua saya. Terima kasih banyak-banyak dan Alhamdullilah. Keluarga belah Yas (Eilyas),”
Netizen yang melihatkan akan perihal itu rata-rata telah meluahkan rasa senang hati dengan penerimaan baik keluarga Eilyas yang seperti tidak kisah dengan kisah lampau Zarina yang sering saja terpalit dengan kontroversi sepanjang dia bergelar anak seni.
Untuk rekod, Zarina dilaporkan telah melangsungkan majlis pernikahan dengan Eilyas pada 17 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Ini merupakan perkahwinan kedua Zarina Anjoulie yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Brunei pada tahun 2015 sebelum bercerai pada tahun 2016. Hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Perkara yang lepas usahlah dikenang, semoga Zarina dan suami terus bahagia dan tabah menghadapi cabaran dalam berumah tangga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments