#Hiburan: “Aku Dah Tak Ada Harapan Apa-Apa Untuk Industri Muzik,” – Amir Jahari Ambil Keputusan Bersara Daripada Dunia Seni

Ahad lalu, penyanyi kelahiran Akademu Fantasia Amir Jahari telah mengambil keputusan untuk bersara dari industri seni Malaysia. Baginya, kini masa terbaik untuk mengundur diri daripada dunia hiburan yang dianggapnya penuh liku-liku.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Amir pada malam Ahad lalu menerusi Facebook page peribadi miliknya.

“Ini Live terakhir aku sebagai Amir Jahari. Bermula 2011 hingga 2020, 9 tahun aku berada dalam industri. Satu perjalanan yang tidak disangka-sangka. Daripada jalanan, seorang busker di Kuching, sampai ke pentas AJL, sampai ada album sendiri. sampai perform di luar negara dan album yang kedua, dan hari ini adalah hari terakhir untuk Amir Jahari,”

Amir turut menjelaskan bahawa jika sebelum ini dia seolah berikrar untuk tidak berhenti berkarya dalam dunia seni, namun dia masih lagi melakukan perkhidmatan untuk mencipta dan kompos lagu bagi sesiapa yang berminat. Tetapi, dia kini mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat lagu untuk diri sendiri.

View this post on Instagram

Video ini dirakam masa Online Showcase Batch 2 semalam dan seperti yang dijanjikan, saya akan reveal 3 lagu baru versi akustik! • Should i make another Online Showcase Batch 3 for whoever that miss my show yesterday?

A post shared by Amir Jahari (@amirjahariofficial) on

 Mengakui keputusan yang diambil itu agak mendadak dan hanya difikirkannya sejak tiga minggu lalu, namun dia kini hanya ingin menumpukan perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.

“Aku fikir tentang anak aku tiga orang. Apa akan jadi nanti dengan keadaan yang tidak stabil, pendapatan daripada muzik yang tidak stabil, dengan tidak ada insuran, dengan tidak ada simpanan, dengan hidup memang cukup-cukup sahaja. Aku dah taknak ‘gamble’ untuk industri ini, dan untuk anak-anak aku yang sedang membesar dan juga isteri aku juga. Sekarang ini Alhamdullilah, semua sihat tapi kalau apa-apa jadi pada salah seorang, aku tak tahu nak buat apa. Dengan tidak ada insuran, dengan hutang keliling pinggang, aku rasa aku dah tak sanggup,”

View this post on Instagram

Magisnya Raya Tahun ini! Mesti tak pernah terfikir raya tahun ni kita beraya di rumah masing-masing kan? Ada la terniat nak ambik gambar raya satu family, nasib jumpa @qhairul.nizam ni, siap bawak simple set ke rumah dan jaga jarak sosial sebab musim Covid-19, siap bawak hand sanitizer sendiri dan mask pun tak tanggal, harga plak murah gila, jadi kalau korang perlukan Khidmat Photographer sempena raya di rumah tahun ni, saya suggest @qhairul.nizam , DM Instagram dia ya? #stayathome #amirjahari #pkpb #indiependent

A post shared by Amir Jahari (@amirjahariofficial) on

 Tambahnya lagi, dia tidak mahu lagi menjadi seorang artis seniman yang bergantung harap kepada masyarakat untuk menyokong. Mengakui sudah tidak menyimpan sebarang harapan kepada industri muzik, apa yang dipintanya kini adalah sentiasa melakukan apa-apa pekerjaan dengan niat kerana Allah.

Di akhir siaran langsung Live FB tersebut, Amir turut mengucapkan penghargaan iaitu ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya selama ini sepanjang berada dalam dunia hiburan tanah air.

Sumber: Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments