#Hiburan: “Saya Hanya Tidur 2 Jam Sahaja Untuk Cari Duit” – Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

Mendedahkan bahawa dirinya sudah puas menjalani kehidupan yang sentiasa mengejar kekayaan selama ini, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini bagai sedar akan hakikat sebenar, apa yang dilakukannya itu bukanlah erti nilai sebuah kebahagiaan sebenar yang dicari selama ini.

aliff syukri

Menurutnya, beliau sudah puas hidup mencari harta siang dan malam sehingga menjejaskan waktu tidur demi mencari duit.

View this post on Instagram

Kegembiraan apa yang lagi yang ingin saya tipu… saya dah Puas hidup ini mencari harta benda siang ,malam pagi ,petang. Kadang kala saya hanya tidur 2 jam sahaja untuk mencari duit. . . . Kadang kala tanya apa nilai kebahagian yang saya ingin cari selama ini. Lebih dari 15 tahun saya mengemudi dalam dunia business dari pasar malam, rumah ke rumah, maki hamun orang , sepak terajang dalam dunia business semua sy dah rasa.. org nampak indah jer yg pahit org x nampak… now ..Saya nak rehat sbb tu korang tengok sy jarang buat vedio.. . . . Saya nak bagi tumpuan dekat family saya. Saya nak buat kerja apa yang saya suka. Saya takut kalau saya mati awal sy akan rugi… Syukur alhamduillah kesedaran tu datang lebih awal. Hari ini saya spend dengan keluarga dan smua staff @as.legacymalaysia @dherbsholdingshq saya untuk bercuti. Dan saya telah book datu pulau bahagiakan mereka. Semoga kegembiraan dimana saya membawa keluarga belah saya , sebelah isteri saya , keluar belah arwah ayah saya dan semua kaki tangan saya. Walaupun biasa biasa sahaja tapi ianya amat bermakna buat kami. Syukur alhamdulullah kerana saya diberi rezeki mengecapi kegembiraan ini. @shahidadherbs @syazwan_fiesol @farishussainn @kansss97

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Kadang-kala tanya apa nilai kebahagiaan yang saya ingin cari selama ini. Lebih dari 15 tahun saya mengemudi dalam dunia busines, daripada pasar malam, rumah ke rumah, maki hamun orang, sepak terajang dalam dunia busines semua saya dah rasa.”

Ujarnya lagi, dirinya juga kini seakan kurang aktif beraksi di hadapan kamera apatah lagi di sosial media kerana mahu rehat daripada perkara sebegitu, malah menyifatkan apa yang dilaluinya itu merupakan erti sebenar kebahagiaan yang dicari.

aliff syukri

“Saya nak bagi tumpuan kepada keluarga saya. Saya nak buat kerja apa yang saya suka. Saya takut kalau saya mati awal saya akan rugi. Syukur alhamdulillah kesedaran itu datang lebih awal.”

Terdahulu, Aliff pernah meluahkan rasa seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya sudah letih menguruskan perniagaan.

Lebih memeranjatkan, salah seorang pekerjanya mendedahkan dirinya terpaksa ditamatkan perkhidmatan ekoran kedudukan kewangan syarikat yang diusahakan oleh Aliff kini dikhabarkan makin terjejas.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments