#Hiburan: Hamil Empat Bulan, Suami Bimbang Faye Kusairi Terlalu Aktif

Meskipun usia kandungan sudah mencecah empat bulan, pelakon Faye Kusairi yang kini hamil anak kedua itu dilihat tetap aktif dalam bidang seni, permotoran dan peniagan yang diusahakannya.

faye kusairi hamil

Menurut Faye, suaminya iaitu pengarah Azmi Hatta bimbang dengan aktiviti yang dilakukan setiap hari. Namun, tetap memahami sikapnya yang jenis tak senang duduk.

“Suami mana yang tak bimbang tapi sebab dia dah masak dengan perangai saya yang tak senang duduk ni. Jadi dia sentiasa pesan dekat saya supaya selalu berjaga-jaga dan elak terlalu aktif.”

Katanya, beliau akan tetap aktif dalam karier seni andai masih ada tawaran diberikan kepadanya. Malah turut tidak melupakan penglibatan dalam sukan permotoran dan perniagaan.

faye kusairi hamil

“Saya akan cuba yang terbaik untuk bekerja dalam masa yang sama menguruskan keluarga yang sememangnya menjadi keutamaan saya.”

Ujar Faye lagi, beliau kini alami alahan teruk pada trimester pertama sehingga menyebabkan berat badannya turun sebanyak 4 kilogram. Bagaimanapun, keadaannya kini dikhabarkan semakin baik.

faye kusairi hamil

“Alhamdulillah semakin baik. Doktor memang ada beritahu setiap pengalaman ada hamil ada perbezaan. Jadi untuk saya sendiri memang ada perbezaan yang ketara.”

Untuk rekod, Faye telah diijabkabulkan dengan Azmi pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments