#Hiburan: Tak Dapat Tawaran Berlakon, Iqram Dinzly Ambil Alternatif Jana Pendapatan Beraksi Di ‘Bigo Live’

Pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini sering saja terpalit dengan beberapa isu dan kontroversi kerana berkelakuan ‘aneh’ di platform media sosial berkata, dia tidak menerima apa-apa tawaran berlakon sejak beberapa tahun ini.

Disebabkan itu, dia telah mengambil alternatif untuk menggunakan media sosial sebagai tempatnya memperoleh sumber pendapatan.

Menurutnya, dia kini aktif menggunakan aplikasi sembang Bigo Live sejak beberapa tahun lalu malah pernah menerima bayaran hampir ribuan ringgit sebulan.

Pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin ini yang kini menetap di Ipoh, Perak turut melakukan perusahaan secara kecil-kecilan untuk menampung kos kehidupan sehari-hari.

“Selama 4 tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan..tapi ramai juga tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo. Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat Rm5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya juga pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan Bigo,”

Ketika ditanyakan mengenai kerjaya lakonan, Iqram Dinzly yang kini ingin dikenali sebagai IQ Dinzly berkata, dia masih berminat untuk berlakon tapi lebih cenderung untuk beraksi di platform media sosial seperti Youtube.

Kini, Iqram Dinzly dilaporkan telah terpalit dengan kontroversi dan tanggapan negatif orang ramai bahawa dia ditaja dari segi wang ringgit oleh penyanyi kembar, Syazara Aishah dan Hanim Fariza ataupun lebih dikenali sebagai AishaHanim.

View this post on Instagram

Tajuk Viral : #OrangGila Ditaja ? . . Kerja orang #gila , hasilnya pun #mantulgila . Dari dok bertapa keluar masuk gua , menembusi dimensi perjalanan dengan keadaan zuhud belaka . Walaupun persepsi membutakan mata , merosakkan jiwa merebucks kesini kesana tetap Lawak jenaka , gurau ketawa itu suasananya . Dalam zuhud terasa nikmat tersembunyi Rahmat Nya . Namun biarlah rahsia , syukorlah nikmat dikurniakan percuma . Kau ada ? Hanya mampu berdoa : Semoga #virusgila makin menular dijiwa jiwa luar sana . Itu doa & harapan dari saya sang orang gila . #PAID [ Prinxchiqy Al Iqram Dinzly ] . Terima Kasih @da_trop_c atas kerjasama yang membenarkan kami #gilagila diatas yatch anda , begitu juga @alifaiman22 yang menjadi perantaraan pada semuanya . Begitu juga team Anak Muda dari @hfilmsproduction yang sudi menggilakan diri melayan karenah insan yang gila gila . Terima kasih pada semua yang terlibat sama . Terima Kasih Allah kau makbulkan doa , mempermudahkan cara ya . • • • Alhamdulillah, semoga sabar menanti #viralgila2020 menular di mata mata anda semua ? . PADAN MUKA ? • • • JANGAN LUPA VOTE #ANGKARA by @aishahanimofficial , di @era.je #rentakmuzikterkini , ya . • • • #jalanjalancaripasal #ohmykelate #sekkitojangepecoh #Atekomemohlekeipohperak #langkahbermeraklangkahberjawi #merechikhabaqhang ?

A post shared by Prinxchiqy Al Iqram Dinzly (@iqdinzly) on

 Namun, dia menafikan perkara tersebut dan hanya menganggap pasangan kembar itu sebagai sahabat dan tempatnya berkongsi masalah dan tempat untuk meluahkan perasaan.

“Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya. Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya..mereka jadi tempat saya luahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan,”

View this post on Instagram

Good Night… ?

A post shared by Aisha Abu Bakar? (@syazara_aisha) on

 Sementara itu, penyanyi kembar itu turut juga menafikan dakwaan bahawa mereka berdua telah ‘menanggung’ kehidupan pelakon itu dari segi wang ringgit,  sebaliknya hanya menyokong dan memberi semangat untuk Iqram kembali semula ke pangkal jalan.

Menurut AishaHanim lagi, Iqram merupakan seorang manusia yang normal jika berjumpa secara berhadapan walaupun dia sering saja berkelakuan pelik di media sosial. Tambah dua beradik ini lagi, sepanjang perkenalan dengan aktor drama Dunia Baru itu, Iqram Dinzly tidak pernah memberi sebarang masalah kepada mereka berdua.

Sumber: mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments