Semalam, kecoh di laman sosial twitter apabila seorang pengguna laman tersebut memuat naik sebuah foto daripada Insta Stori milik penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti.
Foto tersebut yang bertulis kata-kata agak kesat dan setelah diteliti ianya adalah sebuah nota ringkas yang ditulis oleh peniaga barangan online khas buat pembeli mereka sebagai ucapan terima kasih.
Peminat-peminat Tokti yang melihatkan perkara itu ternyata terkejut dan merasakan perkara itu tidak perlu untuk dilakukan. Pelbagai reaksi telah ditunjukkan yang rata-ratanya berasa marah dan menganggap perkara tersebut tidak beradab.
Kekdahnya panggil Motherfucker dekat Tokti ?? I is Shooketh pic.twitter.com/zSAGIMsFcK
— Dear, (@IniAlannn) July 29, 2020
Namun, rupa-rupanya kedai online yang menjual aksesori cermin mata @nopeetstore di Instagram itu memang sedemikian caranya mengucapkan terima kasih kepada pembeli barangan aksesori mereka, tidak kira siapa pun individu terbabit.
View this post on InstagramBro, please, don’t! Please, don’t post this on social media! ? Mercy! #nopeet
Kedai aksesori mata yang berpengkalan di Finland ini mengekalkan ‘trademark’ ini sejak dahulu lagi. Mungkin ianya sudah biasa bagi peminat @nopeetstore, jadi tiada apa yang perlu diperbesarkan ya! Tokti pun nampaknya dah gembira menerima barangan yang dipesan dari luar negara itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments