#Hiburan: Risau Akan Keadaan Ibu Di Filipina, Mark Adam Luah Kebimbangan, -” Kali Terakhir Saya Jumpa Pada Bulan Januari Yang Lalu..”

Penyanyi lagu Marry Me, Mark Adam meluahkan kebimbangan apabila sudah lama tidak berjumpa ibunya, Florinda Macaraig yang kini menetap di Cebu, Filipina berikutan penutupan pintu sempadan disebabkan oleh penyebaran wabak pandemik COVID-19.

Namun, menurutnya dia kini hanya boleh berhubung dengan ibu dan ahli keluarganya yang lain melalui panggilan video dalam usaha mengikuti segala perkembangan dan tahap kesihatan mereka.

View this post on Instagram

I Can See Your Voice Raya Ada Guys ? Akan Datang!!! Stylist: @yumimarina

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

“Saya sangat risaukan keadaan ibu dan adik beradik yang kini berada di Filipina. Sekarang, saya hanya selalu menghubungi mereka untuk bertanya khabar dan meminta mereka untuk sentiasa menjaga kesihatan.

Mark turut berkata bahawa kali terakhir dia berjumpa ibunya adalah pada Januari yang lalu. Mengakui sentiasa risau akan keadaan bondanya di tanah air Filipina, apa yang boleh dilakukan kini hanya sentiasa menghubungi orang tersayang menerusi panggilan video.

View this post on Instagram

Happy Mothers Day Mama, Nak terbang ke??? Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu2 di luar sana, semoga sihat selalu ???

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Tambahnya lagi, dia berasa sedikit lega apabila ibu dan ahli keluarga yang lain telah berpindah ke rumah baru yang dibelinya di Jugan, Cebu. Ini berikutan kawasan perumahan tersebut kurang sesak berbanding rumahnya yang dahulu.

“Selalunya setiap hari Ahad ibu akan keluar berjalan tapi COVID-19 semakin teruk, dia sudah tidak keluar lagi seperti dulu. Mujur ada adik beradik yang boleh jagakan dia di kampung. Sehingga hari ini saya tak putus berdoa agar ibu dijauhkan daripada wabak merbahaya itu,” – Mark Adam

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments