#Hiburan: Anak Minta Fasha Sandha Berhenti Berlakon

Menzahirkan rasa kurang selesa apabila ibunya yang sedang sarat hamil terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat, pelakon jelita tanah air Fasha Sandha dedah anak sulungnya Putra Rayfal meminta dirinya berhenti daripada bidang lakonan.

Anak Minta Fasha Sandha Berhenti Berlakon

Fasha yang sentiasa menjadi perhatian ramai ketika keluar di tempat awam turut berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya yang menyaksikan gelagat Rayfal yang kasihan melihat Fasha melayan peminat yang ingin bergambar.

“Tiba-tiba anak sulung ibu ni luah perasaan dia, suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan. Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan.”

Meskipun sebak melihat telatah anaknya yang baru sahaja berusia tujuh tahun sudah tahu mengambil berat ke atas dirinya, Fasha bagaimanapun tetap menyatakan lakonan merupakan minatnya dan mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan.

Anak Minta Fasha Sandha Berhenti Berlakon

“Lakonan adalah saya sayang. Hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa syukur melihat kematangan putera sulungnya itu sudah menunjukkan sikap tanggungjawab menjaga ibunya.

Malah para pengikutnya juga turut mengusik dengan mengatakan, mana boleh Fasha berhenti berlakon kerana ramai yang akan rindukan lakonan hebatnya nanti.

Untuk rekod, Fasha yang kini sarat hamil dijangka bakal melahirkan cahaya mata ketiganya itu tidak lama lagi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments