Mengakui bimbang akan risiko dijangkiti COVID-19 terutama ketika isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura sedang hamil anak pertama mereka, pelakon tampaN Fattah Amin yang bakal menimang cahaya mata sekitar Oktober depan mendedahkan dirinya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika di set penggambaran.
Katanya, beliau mengambil inisiatif untuk tidak bersalaman dengan orang lain dan tidak senang bercampur dengan mengutamakan kesihatan diri.
“Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, InsyaAllah semuanya selamat. Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP.”
Menurutnya, andai seseorang itu pandai menjaga diri, mungkin potensi untuk dijangkiti wabak berkenaan berada pada kadar yang rendah.
“Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain. Apa-apa pun kena pandai jaga diri. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah.”
Terdahulu, Fattah berkata dirinya dan Fazura masih mahu merahsiakan jantina zuriat mereka kerana mahu peminat merasa teruja dengan berita yang akan diumumkan kelak. Ujarnya lagi, mereka juga seakan tidak kisah sama ada dikurniakan cahaya mata lelaki mahupun perempuan asalkan sihat dan sempurna.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments