#Hiburan: “Itulah Arwah Abah, Insan Suka Bergurau..” Tokti Imbau Kenangan Bersama Arwah Abah Tercinta Di Instagram

Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti di kalangan peminat baru-baru ini ada memuat naik foto kenangan arwah ayahnya, Taruddin Ismail di laman instagram miliknya.

Sekadar mengimbau memori, penyanyi lagu Anta Permana itu telah mengimbau saat-saat manis bersama abah tercinta.

Menurut Tokti, arwah ayahnya itu disifatkan sebagai seorang yang suka bergurau bersama anak-anak.

“Al-fatihah buat ayahanda tercinta.. Arwah abah pernah bergurau dengan saya. Katanya kalau orang tanya macam mana suara CT (Tokti) sedap? Bagitau depa sebab CT selalu makan ikan abah pancing. Itulah arwah abah, insan yang suka bergurau..”

Menulis panjang di ruangan kapsyen foto tersebut, tokti mengakui ketika zaman dia masih kecil, makan yang dijamah sehari-hari adalah hasil daripada umpan ikan yang dipancing arwah ayahnya.

View this post on Instagram

 

????. . 24 tahun dalam industri muzik. 18 album solo (studio). . Kelmarin yang telah kita tinggalkan adalah perjalanan yang pernah kita mulakan. ManifestaSITI2020. 3 Julai 2020. . ? @bustamammokhtarofficial. ? @shanellharun ? @epie_temerloh ?@galeriariani. ?@farahdinana #manifestasiti2020

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 Menurutnya lagi, hanya ketika gaji yang pada waktu itu diperolehi sekitar RM700 sebulan, barulah mereka sekeluarga dapat menikmati makanan yang enak-enak yang dikongsi bersama 7 orang adik-beradik lain bersama ibu tersayang.

Namun, akhirinya, hanya dengan perasaan syukur atas apa yang diberi oleh Allah S.W.T sahaja yang menjadi pegangan Tokti sehingga ke hari ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments