Meluahkan rasa bengang melihat situasi orang ramai yang berkerumun di luar mahkamah ketika perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi, pengarah terkenal Malaysia, Michael Ang menyatakan kerisauan utamanya bukan pada keputusan perbicaraan, namun khuatir akan risiko penularan COVID-19 di negara kita.
Menurut Michael, beliau langsung tidak mengambil tahu tentang kisah perbicaraan Najib, namun akui agak terkesan melihat gambar yang tuar di media sosial tersebut
“Salam semua, sejujurnya saya tak ambil pot pasal Pak Najib ni, tapi apa yang saya kisah pasal gambar ni, kita masih berhadapan krisis COVID-19, kerajaan dah cakap kalau kes meningkat, PKP akan dilaksanakan balik.”
Dalam posting tersebut, Michael turut berkongsi beberapa foto memaparkan situasi orang ramai berkerumun di luar mahkamah. Malah berpendapat pihak kerajaan dan polis harus bersedia lebih awal untuk berhadapan keadaan sebegitu.
“Kerajaan dan polis pun satu, dah tahu mesti banyak orang akan muncul sepatutnya awal-awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada di mahkamah dan berhimpun macam ni.”
Ujar Michael, andai tidak dibendung dengan betul perkara itu boleh mendatangkan bahaya kepada semua orang.
“Kalau muncul kluster baru menyusahkan kita orang juga, mana otak semua orang ni!”
Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpuas hati dan bersetuju dengan pendapat yang disuarakan Michael kerana risau andai mampu memberi kesan terhadap penularan wabak tersebut.
Untuk rekod, Hasil perbicaraan kes, Najib didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalah kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd. Meskipun begitu, sehingga kini masih ada enam lagi pertuduhan membabitkan beliau untuk dibicarakan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments