Zahir rasa gembira apabila berkesempatan bertemu rapper dan usahawan terkenal, Caprice ketika makan tengahari bersama, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew akui meskipun mereka jarang berjumpa, namun hubungan persahabatan bersama lelaki tersebut terasa amat dekat.
“Syukur, makan tengahari bersama Caprice, walau jarang berjumpa tetapi rasa dekat, berbual pasal ummah.”
Menurut Ustaz Ebit, beliau amat mengagumi semangat Caprice yang berani memperjuangkan kemajuan dan perpaduan ummah menerusi perniagaannya.
“Kagum anak muda yang berniaga niat nak hidupkan ummah, untuk menyatukan masyarakat. Begitulah niat setiap anak muda di Malaysia sepatutnya, sampai tak boleh tidur malam nak tolong orang.”
Ujar Ustaz Ebit, ganjaran rezeki yang melimpah ruah, andai seseorang individu itu sering mahu membantu orang lain.
“Rahsia rezeki melimpah ruah niat nak tolong orang seramai mungkin, memberi, bila kita memberi kita pasti akan menerima.”
Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata pengikut pendakwah itu meninggalkan respon yang positif, malah wujud juga segelintir netizen menzahirkan rasa teruja apabila Ustaz Ebit bertemu rapper tersebut.
Selain bersetuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Ustaz Ebit, para pengikut juga seolah gembira melihat kemesraan dua individu ini di khalayak umum.
Untuk rekod, Ustaz Ebit merupakan pendakwah bebas yang sentiasa melakukan amal kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, nama Ustaz Ebit antara yang disebut-sebut kerana tidak putus-putus menyalurkan bantuan buat insan yang dalam kesusahan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments