#Hiburan: Tiada Job Sepanjang PKP, Adibah Noor Terpaksa Jual Rumah Dan Gadai Barang Kemas

Tampil membuat pendedahan tentang keadaan dirinya yang turut bergelut dengan masalah kewangan berikutan pandemik COVID-19, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mendedahkan perkara tersebut kepada umum menerusi hantaran di laman Twitter miliknya susulan menerima banyak mesej daripada orang ramai yang meminta bantuan kewangan kepadanya.

adibah noor terpaksa gadai barang kemas semasa pkp

Menurut Adibah, beliau langsung tidak malu untuk berkongsi cerita kesusahannya kepada umum termasuklah terpaksa menjual beberapa barangan peribadi untuk menyara kehidupan.

“Orang seni macam saya yang bekerja di depan kamera memang nampak seperti hidup mewah tetapi hakikatnya semasa PKP lalu, saya langsung tiada tawaran bekerja yang mengakibatkan tidak mempunyai pendapatan sehingga terpaksa menggadaikan emas.”

Tambah Adibah, meskipun mendapat tawaran berlakon selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau menegaskan bayaran yang diterima tidaklah semewah jika dibandingkan dengan harga sebelum wabak tersebut melanda Malaysia.

Katanya lagi, pengakuan tersebut bukanlah untuk menagih simpati tetapi ingin memaklumkan bahawa kehidupan serta pendapatannya turut terkesan akibat pandemik.

adibah noor terpaksa gadai barang kemas semasa pkp

Lebih memeritkan, Adibah menyatakan beliau juga terpaksa menjual rumahnya untuk menyara kehidupan sekali gus memohon maaf buat semua kerana tidak mampu menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Adibah bagaimanapun tetap menyeru rakyat Malaysia untuk kekal patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan kerajaan bagi mengelak PKP dilaksanakan semula.

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, Adibah dihujani pelbagai kata-kata semangat dan sokongan daripada netizen agar kekal tabah mengharungi segala dugaan yang melanda ke atas dirinya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments