#Hiburan: Muat Naik Gambar ‘Asam Pedas Cicak’ Di Instagram, Aaron Aaziz Ditegur Isteri Sendiri

Jika anda sering mengikuti perkembangan pelakon berbakat, Datuk Aaron Aziz di instagram, pastinya sudah mengetahui bahawa aktor ini seorang yang peramah dan kelakar.

Sering bergurau senda di laman sosial bersama peminat, Aaron Aziz baru-baru ini ada memuat naik foto masakan asam pedas yang dicemari cicak di laman instagram miliknya.

Maka dengan itu ramai yang telah berpusu-pusu meninggalkan komen mengatakan mereka berasa loya dan hendak muntah melihatkan foto tersebut.

“Gambar dari FB Ketum Gaming. Siapa yang tak ada idea nak massak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak,”

Namun, yang menarik perhatian adalah apabila isteri Aaron Aziz, Datin Diyana Halik telah tampil meninggalkan sepatah dua kata kepada Aaron.

“Why you post this one!” ujarnya. Nampak macam kena marah pun ada! Manakala, peminat yang megikuti entri berkenaan rata-rata terhibur dengan gelagat suami isteri ini.

Mengimbas kembali, Datuk Aaron Aziz yang berasal dari Singapura telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia pada tahun 2012 lalu kini bahagia bersama isteri tercinta, Datin Diyana Halik yang dinikahinya pada tahun 2003 yang lalu. Pasangan ini kemudian telah dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments