Beberapa hari ini kecoh mengenai kontroversi yang melanda pelakon baru, Alya Iman yang hangat diperkatakan dan menjadi tular di media sosial.
Justeru, lain pula bagi aktres berbakat, Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil yang nampaknya ‘rimas’ apabila nama pelakon itu sering saja naik di susur masa laman sosialnya.
Perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanya buat Abil yang pada mulanya tidak tahu menahu mengenai kewujudan artis baru tersebut. Malah, tujuan dia mengintai laman sosial untuk melihat video-video kelakar terbantut apabila muncul terlalu banyak cerita berkenaan pelakon itu.
Alya Iman ni sape?kat timeline Instagram banyak gila. Dia buat abil terus letak je phone Malas Nak tengok story sebab tak tau Siapa..Orang buka story Nak tengok video Kelakar,Tapi Alya alya alya..who is Alya????!! Dia Kenapa? Apa cerita?can anyone explain????????
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) July 26, 2020
Abil yang meluahkan perasaannya itu menerusi ciapan di laman sosial twitter dan ternyata telah mendapat perhatian netizen yang kemudiannya membantu Abil dalam menjelaskan kontroversi yang berlaku sejak Jumaat lalu.
Mengimbas kembali, kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon lagenda, arwah Azmil Mustapha itu bermula apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah dicurangi oleh suaminya yang mempunyai hubungan dengan pelakon telefilem Lelaki Kelas Sebelah itu sejak setahun lalu.
Dalam pada itu, Alya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut baru-baru ini. Dia mengakui bahawa dirinya terlalu muda dan naif untuk menilai sesuatu perkara. Alya juga turut meminta maaf kepada mereka di luar sana yang telah terjejas mengenai isu tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments