Menyatakan netizen telah salah faham dengan komen yang ditinggalkan di ruangan Instagram bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Mahathir Mohd, pelakn Sharnaaz Ahmad yang juga rakan kepada Mahathir mendedahkan dirinya akan berada di sisi untuk memberi sokongan terutamanya ketika dalam kesusahan.
“Netizen tak faham dengan ayat ‘stay sharp’ yang saya cakap tu. Bila dah buat salah, kita kena hadap. Macam mana pun dia masih kawan saya.”
Menurutnya, beliau tidak akan sewenang-wenangnya meninggalkan rakannya ketika dalam kesusahan. Hal ini kerana, sahabat yang sejati akan tetap berada di sisi walau apa sekalipun yang berlaku.
“Takkan kita nak biar kawan kita. Kawan jenis apa macam tu? Masa dia senang kita ada dengan dia, masa dia susah kita buat apa? Lari ke sembunyikan diri?”
Kata Sharnaaz lagi, dirinya sudah lali dengan kecaman netizen kerana telah berada dalam industri hiburan selama 12 tahun.
“Kalau netizen nak kecam saya pun dah 12 tahun saya kena. Tak rasa apa, dah biasa sangat. Yang penting kita mendoakan orang dan kita pun buat benda sama.”
Sebelum ini, nama Sharnaaz mendapat perhatian netizen kerana telah memberi kata-kata semangat di salah satu entri perkongsian yang dimuat naik Mahathir di laman Instagram.
“Stay sharp brother..Jadi seperti lelaki dan saya tahu anda boleh menangani ini dengan bijak. Sayang awak kawan.”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila kisah pelakon baharu Alya Iman di menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami rang dengan tujuan untuk mengikis harta lelaki tersebut.
Bagaimanapun, Alya kini dikhabarkan telah mengakui kesilapannya dan memhn maaf secara terbuka berikutan isu tersebut.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments