Beberapa hari lalu kecoh di media sosial apabila personaliti Fynn Jamal dihentam hebat oleh netizen kerana kenyataannya mengenai kontroversi isu rogol.
Semalam, di laman instagram miliknya Fynn Jamal telah mengumumkan untuk tidak lagi terlibat dengan aktiviti bantuan dan sokongan kepada mana-mana pihak seperti mana yang dilakukannya sebelum ini.
Menurutnya, keputusan itu diambil kerana merasakan ianya terbaik untuk dibuat ketika ini selepas menimbang tara segala aspek dan juga tidak mahu lagi ‘pening kepala’ memikirkan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.
Ingin ‘cuci tangan’ daripada segala bantuan seperti kes mengandung anak luar nikah, ‘date rape’ dan pelbagai lagi jenis masalah sosial, Fyn Jamal telah memaklumkan keputusan itu di laman instagram miliknya.
“Alhamdullilah, hari ini aku menemui kekuatan untuk buat keputusan penutupan segala jenis tempat perlindungan, bantuan motivasi dan kewangan untuk semua kes-kes yang biasa aku uruskan. Insyallah dengan berlepas tangan begini, aku tidak perlu lagi memikirkan apa yang bukan hak aku pun untuk fikirkan,”
Ujarnya lagi, selepas mengumumkan keputusannya itu, dia hanya ingin memberikan fokus kepada keluarganya sahaja.
Mengimbas kembali, Fynn telah mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif mengenai isu rogol dan wanita yang kemudiannya menjadi perdebatan dan pertikaian ramai netizen sehingga dirinya dikecam hebat oleh netizen.
0 Comments