#Hiburan: “Ada Peluang Jadi Macam Mira Filzah Tapi Sayang..Nasib Kau La Dik!”- Sharulezad Tampil Komen Isu Alya Iman

Panas betul dua tiga hari ini apabila nama pelakon baru Alya Iman menjadi sebutan netizen di luar sana.

Nampaknya bukan warga net saja yang galak memberikan komen dan pendapat mengenai isu ini, malah rakan artis turut tidak terkecuali untuk tampil memberikan sepatah dua kata.

Begitu juga dengan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai budak Ijat yang mengakui telah menerima banyak mesej pesanan daripada netizen memintanya supaya tidak menawarkan peluang lakonan kepada pelakon tersebut.

Dia yang menulis panjang di ruangan instagramnya itu pada mulanya tidak mengetahui apa-apa mengenai kontroversi ini namun mula mendapat perhatian apabila ramai pengikutnya di media sosial memaklumkan bahawa aktres ini sebenarnya memiliki peluang yang cerah dalam dunia hiburan.

View this post on Instagram

Pepagi buta aku dah ajak membawang. Kihkihkih. Anyway harap kisah ni jadi pengajaran utk semua. Abam tak nak salahkan satu pihak jer. Abam rasa semua pihak menyumbang pada penyakit carik pasal ni. Tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi. Anyway pada sesiapa yg bercita cita nak jadi pemusnah rumah tangga orang lain. Hmm.. Hati hati ler dgn cita cita tu sebab karma is a bitch! As netizen, kita boleh baca dan ambik iktibar. Nak kecam sikit sikit tu boleh la sbb kalau tak kecam kan kita rasa macam kita approve pulak budaya rampas merampas ni. Tapi kecam lite lite dah ler asalkan anak anak gadis sekarang rasa takut nak mengacau rumah tangga orang dan mengikis harta orang lain. Yg penting jangan sampai menghina keluarga dan arwah ayah budak tu. Kesian arwah. Sekali Allah tarik balik nikmat wajah cantik tu sia sia jer hidup ko dik. *Sebenarnya abam tak ambik pot sgt gossip ni. Tapi bila dah ramai sgt DM abg warning jgn ambik budak ni berlakon dgn abam. Abam jadi curious la nak tahu saper budak ni dan apa citernya. No doubt she is pretty. Muda pun muda lagi. Ada chances boleh jadi macam Mira Filzah. Tapi bila belum apa apa dah timbul cerita macam ni nasib ko la dik. Ko jangan lupa kat stesyen TV tu ramai jer hakak hakak eksekutip yg perempuan tau. Almost 90%. Opkos bila ko buat perangai macam ni derang panas sama. Sia sia jer nama ko kena reject kalau derang dah start berbulu tgk muka kau. Abam pesan ni bukan utk awak sorang jer tapi utk semua pelakon pelakon baru yg baru nak kenal dunia.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

“Pagi buta dah aja aku membawang. Sebenarnya abang tak ambil pot (kisah) sangat gosip ni. Tapi bila dah ramai sangat DM abang bagi amaran jangan ambil budak ni berlakon dengan abang, curious la nak tahu siapa budak ni dan apa ceritanya. No doubt she is pretty. Muda pun muda lagi. Ada chances boleh jadi macam Mira Filzah tapi apabila belum apa-apa dah timbul cerita macam ni..nasib kau la dik!”

Pengarah drama popular Nur itu turut memberitahu bahawa kontroversi murahan seperti itu sememangnya boleh merosakkan karier seni Alya dan tidak mustahil akan membuatkan dia terus menyepi dalam dunia hiburan selepas ini.

View this post on Instagram

Ada seseorang calon ujibakat tanya abam satu soalan abam garang tak kat set? ? . Abam nak tergelak dengar soalan ni. First abam kerut kening tak faham apa relevan soalan ni dengan ujibakat ni. Anyway abam jawab jugak lah yer. Actually abam tak garang mana pun. Sumpah abam memang tak garang dik. Serious! Abam sorang pengarah yg manja lite lite jer sebenarnya. Even Abam jarang sangat maki pelakon especially pelakon baru. Ada. Tapi jarang sangatlah. Abam tak sampai hati. Lagipun doktor tarik benang muka abam tak kasik abam marah marah kat set. Takut benang abam putus. Rugi! Hahahaha. . Tapi… Haaa… Ada tapinya… walaupun abam sejenis tak garang kat set kamu jangan ingat kamu boleh main main dengan aku yer. Jgn sesekali kamu over confident dgn abam bila bersoal jawab dengan abam sebab sekali kamu over confident dengan abam, abam akan pastikan kamu akan menyesal berlakon dibawah abam bila dengan senyum sinis aku akan suruh kamu ulang, ulang, ulang, ulang dan ulang take sampai berpuluh ratus kali hanya kerana lakonan kau yg macam lahanat over confident tu. . Tak cukup dgn tu aku akan pastikan kau berpeluh ketiak dan kelengkang kau sampai berlecak lencun aku kerjakan bila mana semua mata krew dan sparring kau menjeling geram dengan cara lakonan kau yg entah apa apa tu. Aku akan buat kau rasa kau lah pelakon yg paling hampeh sekali yg pernah wujud di muka bumi ini. Dan paling sadis aku akan buat kau stress menangis sebab kau tak faham apa director gila ni nak? Dan esoknya kau tobat lahum nak dtg set aku sbb down giler. . So dengan abam jangan nak over confident sangat yer dengan berkata ‘saya akan gerenti abam akan suka dgn lakonan saya. Lagipun follower saya ramai yg kata saya ada bakat terpendam dalam bidang lakonan. Kompom menyesal lah kalau abam tak ambik saya. Hahahaha’. Ko gelak yer…ko gelak dengan suara merengek manja baru akil baligh kau tu. Tak per kau mungkin bergurau. Faham… Hmm… Ko tunggu turn aku bergurau pulak yer. Kau tunggguuu… Kau jangan menyesal tau sebab aku paling pantang species bebudak yg menggeletis nak jadi pelakon sebab dia ingat berlakon ni hanya utk suka suka carik glamer dan kumpul follower. So ko tunggu!!! ?

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Dia yang turut memesan tidak kepada Alya sahaja namun kepada mereka di luar sana yang selepas ini bercita-cita untuk terjun ke dalam dunia hiburan supaya sentiasa menjaga diri dan turut berharap supaya kes seperti ini akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut meminta netizen di luar sana untuk tidak tketerlaluan dalam memberikan kecaman dan nasihat sehingga ada yang mencapai tahap menghina keluarga dan Allahyarham Azmil Mustapha iaitu ayah kepada Alya Iman.

View this post on Instagram

Serenity ?

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

“Tapi kecam sikit-sikit sudahlah asalkan anak-anak gadis sekarang rasa takut nak mengacau rumah tangga orang dan mengikis harta orang lain. Yang penting jangan sampai menghina keluar dan arwah ayah budak tu..kasihan arwah!” – Budak Ijat


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments