Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail memang dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Sering memuat naik perkembangan terkini mengenai ahli keluarganya, Chef Wan sememangnya seorang yang penyayang apabila tiba mengenai ahli keluarganya.
Baru-baru ini, tukang masak terkenal itu ada memuat naik video memaparkan keakrabannya dengan insan paling dikasihinya, tidak lain tidak bukan ibunya sendiri iaitu Noraini Abdullah atau lebih manja dipanggil Cik Ani.
Video tersebut telah dimuat naik di laman instagram milik Chef Wan dan ternyata, entri tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata kagum melihat kasih sayang yang dicurahkan Chef Wan kepada ibunya.
Beliau turut berkongsi mengenai gelagat Cik Ani yang sering saja membuat perkara tidak mengikut masa dan ketika.
“Ahh so wonderful to be semi retire spending more time with my mother. Alhamdullilah kita dua-dua dah reput ni. Tidurkan emak semalam sleeping next to her in the end i was the one who fall asleep first..”
Menelusuri ruangan komen, ramai yang memuji keakraban Chef Wan bersama ibunya kerana tidak pernah lekang memberikan perhatian dan sering memenuhi kehendak ibunya.
Malah, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Chef Wan di atas layanan baik yang diberikan kepada ibunya itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments