Pelakon dan juga isteri kepada Fizz Fairuz meluahkan rasa tertekan apabila telah menerima kata-kata kesat daripada seorang individu di laman instagram miliknya.
Dia yang sering saja membuat ‘content’ ulasan makanan di IG turut dilemparkan kata hinaan seperti ‘pelahap’ malah dikaitkan dengan isu keguguran mengenai cara dia membuat review makanan itu.
“Ada ke orang tengok kau melahap makanan-makanan sampai sembilan minit kat IGTV tu? Review makanan memang kena tunjuk kau makan sampai habis berpuluh-puluh balang tu ke? Patutu gugur banyak kali! Semua membantai saja. Haha.. Dasar pelahap!”
Menurut Almy, jika sebelum ini dia bukanlah seorang yang mengambil kisah mengenai kecaman netizen di luar sana namun kali ini, perbuatan individu tersebut telah melampaui batas apabila mula mengaitkan dengan isu anak.
Dia mengakui perkara itu telah membuatkan dia berasa tertekan sehingga menganggu fokusnya terhadap kerja harian.
View this post on Instagram30 syawal yer.. hahahahahah nampak nampak tetap berbaju kurung .. @fizzfairuzofficial
Sebelum ini, ada segelintir netizen telah menasihatkan Almy supaya berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya setelah dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Namun dia menafikan sekerasnya mengenai perkara itu yang mungkin menjadi punca dia mengalami keguguran selama ini. Almy berkata dia tetap akan meneruskan aktiviti itu selepas kembali pulih dan sihat.
Ketika menemui Datuk Fizz Fairuz, tindakan undang-undang mungkin bakal diambil terhadap individu berkenaan atas apa yang telah dilakukan kepada isterinya.
Ini berikutan Fizz telah memuat naik status yang seperti ingin membawa perkara ini ke penguatkuasaan undang-undang.
“Pehh.. tunggu aku bawa kau pergi makan kat balai okay! See you!”
Almy Nadia sebelum ini telah menjalani pembedahan mencuci rahim selepas mengalami keguguran anak ketika usia kandungan mencecah enam minggu pada Mei lalu. Episod yang sama pernah berlaku sebelum ini pada Februari lalu ketika kandungan Almy baru sahaja mencapai 14 minggu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments