#Hiburan: Tak Perlu Lelaki Dalam Hidupnya, Fatin Afeefa Tak Berminat Nak Kahwin

Meskipun pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa mengatakan dia sebenarnya tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga buat ketika ini kerana baginya, perkahwinan itu memerlukan sebuah pengorbanan.

Meskipun memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, namun pelakon yang mula terkenal sejak membintangi filem Tentang Bulan ini gembira dengan kehidupannya kini kerana dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak dan juga kerjaya.

View this post on Instagram

 

Mangiare per vivere e non vivere per mangiare ?

A post shared by A F E E F A ? (@fatinafeefa) on

“Buat masa ni, saya tak berminat nak kahwin. Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga. Kalau kahwin semula, saya kena fikir semula soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi buat masa ini saya gembira hidup sendiri,”

Mengakui ramai peminat menyuruh dirinya untuk berkahwin semula, namun bagi Fatin, dia tidak akan mendirikan rumah tangga hanya untuk memuaskan hati orang lain.

Dia yang kini bahagia bersama kehadiran dua cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia sempat berseloroh tidak mahu menambah sakit di kepala jika dikurniakan zuriat kelak apabila sudah berkahwin.

View this post on Instagram

Salam Aidilfitri. Kami sekeluarga tidak mengucapkan apa apa. Love, Fatin Afeefa // Arrian // Arrasophia

A post shared by A F E E F A ? (@fatinafeefa) on

View this post on Instagram

mengantuk sebenarnya dress @vogue_lease makeup @makeupbynadianordin hair @chezhairstudio_pro_hair_team

A post shared by A F E E F A ? (@fatinafeefa) on

 Namun, Fatin berkata dia mungkin akan memikirkan semula soal perkahwinan apabila usianya melangkah ke 35 tahun nanti. Menurutnya lagi, dia tidak memerlukan lelaki kerana tanpa insan bergelar suami dia masih boleh hidup mewah.

“Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak kata. Saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya kerana saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri. Saya hidup mewah kerana saya bekerja, saya punya beberapa kontrak jangka panjang jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlu lelaki untuk tanggung saya,”

Mengimbas kembali, Fatin Afeefa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Juvana, Adam Shahz pada tahun 2013 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun yang lalu.

Sumber : BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments