Memilih untuk tidak berkongsi lebih mendalam mengenai kisah pencintaannya bersama kekasih kepada umum, pelakon Zara Zya akui kini selesa merahsiakan hubungannya namun tetap menegaskan ia bukan disebabkan telah serik dengan kisah silam.
Menurutnya, beliau dan pasangan sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing namun masih tidak mahu mendedahkan kepada umum kerana Zara dikhabarkan sibuk memberi fokus kepada perniagaannya terlebih dahulu.
“Saya tak nak jadi macam dulu-dulu, jadi lebih baik saya rahsiakan hubungan baharu ini..Bukan serik tapi sekarang ini saya rasa lebih selesa begini.”
Tambah Zara, bayangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya itu juga masih belum ada.
“Kita rileks dulu, janji orang tahu kita dah ada (kekasih). Sejujurnya, sekarang ini bayangan nak kahwin pun belum ada. Kalau dah sedia nak kahwin kami akan terus buat, bukan nak sembunyi cuma itulah sekarang tak berani lagi nak cakap.”
Ujar Zara lagi, teman lelakinya itu sangat menyokong kariernya sebagai pelakon malah turut memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan.
“Dia sangat menyokong dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar dalam bidang ini. Pesan dia macam biasa, jangan mudah putus asa dan kalau ada yang mencela atau cuba menjatuhkan, abaikan sahaja!”
Terdahulu, Zara merupakan bekas tunang kepada pelakon Hafreez Adam. Akui tidak serik bercinta, Zara kini akui sudah temui pengganti dan mahu lebih serius dalam memilih pasangan hidup.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments