Setelah kehilangan suami tercinta Allahyarham Abam Bocey, balu kepada pelawak kesayangan ramai itu, Siri Nurhidayah Mohd Ali,28, menyatakan dia kini sibuk berniaga kecil-kecilan menjual cempedak goreng.
Nurhidayah juga turut memberitahu dia sendiri turun padang menggoreng cucur cempedak bersama-sama dengan adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor.
Mengakui memang suka berniaga sejak remaja lagi, Nurhidayah mula berniaga secara kecil-kecilan seperti membuat kuih dan bakal muncul dengan perniagaan baru kelak.
“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya. Biasanya kedai buka pukul 11 pagi sehingga 6 petang tpai bergantung pada keadaan juga.”
Ujarnya lagi, dia berasa sangat bersyukur dengan sambutan yang diterima oleh pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi gerainya.
Tambahnya, harga cempedak goreng RM 2 untuk 4 biji itu memang menjadi kegemaran orang ramai sehinggakan dia tidak menang tangan untuk melayan permintaan pelanggan.
“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdullilah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,”
Mengimbas kembali, suami kepada Nurhidayah iaitu pelawak Abam Bocey telah meninggal dunia secara tiba-tiba di kediamannya di Gombak kira-kira jam 7 pagi tanggal 10 Februari yang lalu dipercayai akibat demam panas.
Arwah Abam meninggalkan seorang balu iaitu Nurhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 1 tahun 1 bulan.
Sumber: Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments