#Hiburan: “Biarlah Allah Buat Kerja Dia…”, Akui Ada Orang Tidak Senang Dengan Dirinya Kini, Shuib Sepahtu Elak Pergaduhan

Pelakon dan pelawak yang kini bergelar usahawan, Shuib Sepahtu merasakan dirinya tidak disenangi oleh sesetengah pihak di luar sana di atas apa yang dikecapinya kini.

Shuib yang ditemui Media Hiburan berkata, dia berasa sedikit terkilan apabila individu berkenaan tergolong dalam kenalan yang dikenali rapat dan sering berada di sampingnya.

Ini berikutan Shuib baru-baru ini ada memuat naik luahan perasaan kecewa mengenai seseorang di Insta Stories di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Mana ni??? Tee off pkl 1.30 ptg,,, Dah katmana tu?? ???@sportsrevobysafiqrahim

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Tak semua orang suka kalau kita berjaya. Kawan kita pun tak semua yang suka kita. Tapi itulah hukum alam, adat dalam berbisnes. Bila kita berada di bawah orang mencucuk-cucuk, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh,”

Namun, untuk tidak mengeruhkan keadaan, Shuib memilih untuk berdiam diri dan memendam sahaja mengenai isu berkenaan.

View this post on Instagram

My love @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

View this post on Instagram

Kita ada Musang king!!! Mcm makan durian woooo!!! Thanks atas support ? Besok kita jumpa dkt senawang pulak ok… Kita Grand Launching utk org Senawang pulak ? @sitisarahraissuddin

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Saya suka simpan sendiri. Ada benda lebih baik simpan sahaja sebab saya bukan suka bergaduh. Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu,”

Perkembangan terkini, Shuib dilaporkan baru sahaja membuka cawangan ke-8 francais kedai minuman miliknya yang diberi nama Bubble Bee bertempat di Senawang, Negeri Sembilan.

Menyasarkan untuk membuka 100 cawangan kedai minuman tersebut sebelum hujung tahun ini, Shuib berkata dia tidak menyangka sambutan yang diterimanya cukup luar biasa.

Difahamkan, ada yang sanggup beratur selama tujuh jam semata-mata ingin menikmati minuman di kedainya itu. Tahniah diucapkan buat Shuib Sepahtu!

Sumber: Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments