#Hiburan: “Jangan Buat Main Dengan Bab Agama” – Safiey Illias Akui Tak Sokong Tindakan Nur Sajat

Mendedahkan dirinya turut sama terkena tempias dengan isu yang melanda usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman, ahli perniagaan kontroversi Safiey Illias menyatakan dirinya tidak menyokong dengan apa yang dilakukan Sajat kerana berkait rapat dengan agama.

safiey illias

Berikutan tindakan Sajat memuat naik video dan fotonya yang hanya memakai bikini, Sajat sekali lagi menjadi bualan apabila berkongsikan foto berkemban seolah sengaja mahu meraih perhatian netizen di laman sosial.

“Saya tidak menyokong dengan apa yang Sajat buat. Jauh di sudut hati saya sebenarnya jangan buat main dengan bab agama dan perkauman kerana isu ini sensitif kepada masyarakat.”

sajat safiey

Katanya lagi, selain tidak mahu mengutuk usahawan tersebut, beliau juga langsung tidak mahu masuk campur dengan urusan Sajat.

“Saya sendiri pergi mengerjakan Umrah dengan berpakaian lelaki. Apa yang Sajat buat memang saya kena tempias juga. Saya taktahu apa-apa. Tapi saya tak boleh terus mengutuk dia. Saya tak nak masuk campur dengan urusan dia.”

Tambah Safiey, dirinya tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan justeru memilih untuk berkongsi tentang kecantikan dan perniagaan sahaja.

nur sajat

“Jadi saya hanya akan bercerita tentang diri saya dari sudut positif. Takkan dia tayang buah dada saya nak bogel pulak.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang “Mak Nyah” Safey sekai lagi menyatakan belau harus menunjukka sudut berbeza kepada masyarakat. Malah mahu terus mempamerkan sisi positif dari segi kecantikan dan perniagaan untuk tatapan umum.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments