#Hiburan: Nia Atasha Nafi Potong Rambut Persis Tomboy Kerana Putus Cinta Dengan Qi Razali

Bertindak memotong rambut panjangnya dan tampil dengan gaya potong rambut pendek persis tomboy, model dan pelakon Nia Atasha mendedahkan beliau memang berambut pendek sejak dari zaman sekolah lagi dan kini terbit rasa rindu untuk mengulang gaya rambut tersebut.

nia atasha potong rambut pendek persis tomboy

Bagaimanapun, Nia menafikan gaya rambut tersebut adalah disebabkan mahu “move on” daripada episod putus cinta yang melanda dirinya bersama bekas kekasih, Qi Razali.

“Memang tipikal kalau potong rambut ni orang cakap sebab nak move on. Saya potong rambut pendek ni memang niat dah lama dan sebab tuntutan drama. Tidak ada kena mengena dengan putus cinta ke apa.”

Menurut Nia, sebelum ini lagi beliau memang mencari peluang untuk memotong rambut pendek dan kini menemui masa yang paling sesuai kerana tuntutan drama yang memerlukannya memegang watak sebagai seorang “tomboy”.

nia atasha potong rambut pendek persis tomboy

“Pada masa yang sama ini juga merupakan tuntutan sebuah drama yang memerlukan saya memegang watak sebagai seorang tomboy.”

Gemar bereksperimen dengan gaya rambut, Nia kini tampil memilih menggayakan potongan klasik mullet. Ujarnya, biarpun tampak unik, beliau akui memang suka mencuba sesuatu yang baru.

nia atasha potong rambut pendek persis tomboy

Terdahulu, Nia mendedahkan kepada umum bahawa hubungan cintanya Qi telah berakhir sekitar awal tahun ini. Meskipun begitu, Nia mengakui dirinya dan bekas kekasih masih berkawan baik sehingga kini.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments