#Hiburan: 4 Tahun Tak Jumpa, Akhirnya Anak Terbuka Hati Bertemu To’ki

Hubungan keluarga ini bagai kembali pulih apabila anak penyanyi terkenal era 90-an, To’ki iaitu Noor Hidayah terpanggil untuk bertemu bapanya.

anak bertemu toki

Meskipun sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut yang melanda penyanyi itu dan anak-anaknya, namun selepas empat tahun tidak bertemu, Hidayah tampi memaklumkan bahawa dirinya sudah bertemu bapanya pada Jumaat lalu.

Ujar Hidayah lagi, dirinya berani membuat keputusan untuk berjumpa bapanya selepas membaca nasihat dan kata-kata murni daripada netizen.

anak bertemu toki

“Awalnya, saya cukup terkesan dengan komen netizen, tetapi apabila direnung semula, teguran mereka memberi kesedaran. Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya, tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.”

Hidayah juga tidak menafikan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya malah amat bersyukur kisah bapanya tular di media sosial sehingga mempertemukan dirinya dengan bapa setelah beberapa tahun tidak bersemuka.

Tambah Hidayah, beliau akui memang mahu bertemu bapa kandungnya itu selepas kisah bapanya itu tular, malah dapat lepaskan rindu melihat bapanya menyanyi adalah satu yang beliau idamkan.

anak bertemu toki

“Selepas kisah ayah tular, hati saya memang mahu bertemu ayah. Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Hidayah juga turut menzahirkan rasa syukur melihat ayahnya kini sudah mempunyai tempat tinggal selesa bersama isteri baharu iaitu Sharifah Fairuz Syed Yusof. Katanya, ibu tirinya itu melayan mereka seperti keluarga sendiri.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Hidayah dan adik beradik yang lain didakwa tidak menjaga kebajikan bapanya sehingga sanggup membiarkan orang tuanya itu menetap di pondok berdekatan hutan.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments