Meminta agar mana-mana pihak tidak mencampuri segala urusan berkaitan cara dirinya menjaga dan menguruskan anaknya, pelakon jelita Nina Iskandar mengakui lebih selesa membesarkan cahaya matanya dengan cara tersendiri.
Kurang senang dengan sikap segelintir netizen yang terlau sibuk memberikan cadangan dan teguran, Nina tampil menegaskan isu tersebut di laman Instagramnya.
“Jangan ajar saya bagaimana nak membesarkan anak saya sendiri. Anda mempunyai cara tersendiri, begitu juga dengan saya.”
Menurut Nina, beliau hanya mahu memberikan apa sahaja yang terbaik buat Muhammad Aaryan ar-Rizqin kini berusia tujuh bulan.
“Buat masa ini, biarlah Rizqin nak makan apa sahaja yang dia mahukan. Bahkan, biarlah dia nak lakukan apa sahaja yang dia mahu. Lagipun, dia anak saya. Awak jaga anak awak okay.”
Menjengah ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dibanjiri dengan komen dan pendapat para pengikutnya. Rata-rata bersetuju dengan apa yang disuarakan Ninan malah mengakui setipa ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam membesar dan mendidik anak.
Terdahulu, Nina memaklumkan anaknya kini sudah mula diberikan makanan pejal selepas mula untuk melalui proses cerai susu.
Untuk rekod, Nina yang melangsungkan perkahwianan bersama penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019 itu kini dikurniakan cahaya mata.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments