Telah selamat melahirkan anak pertama pada tahun 2014 yang lalu, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay mengakui terdapat sedikit perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Ibu kepada Sofia Arissa dan Selena ini mengatakan kini kakinya lebih besar daripada dulu. Oleh disebabkan itu, dia kini mengambil keputusan untuk menjual beberapa pasang koleksi kasut berjenama yang dianggap sangat berharga olehnya.
“Kasut-kasut saya untuk dijual. Saiz 35 dan 35.5, DM saya jika berminat! Saya bebel banyak sambil tunjuk anda kasut-kasut saya. Tapi kasut-kasut ini saya jarang pakai. Selepas beranakkan Sofia, kaki saya besar jadi saiz 36.5…”
Liyana telah memuat naik sebuah video memaparkan dia menunjukkan beberapa jenis kasut untuk dijual. Dalam pada itu, dia turut memesan kepada mereka yang berminat untuk membeli,untuk terus saja menghantar mesej di laman instagram miliknya.
Penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu walau bagaimanapun tidak pula meletakkan harga kasut yang ingin dilepaskannya itu.
Liyana Jasmay sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Fathuddin pada Februari 2013 yang lalu dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Sofia Arissa,6, dan Selena yang kini berusia 4 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments