Selepas sekian lama dibicarakan, akhirnya pasangan Lufya Omar dan Dr Che Hafiz sudah pun sah bercerai. Bahkan sepanjang kemelut tersebut, ramai yang menunding jari dan mengatakan punca perpisahan mereka adalah kerana lelaki itu yang meminati kaum sejenis.
Pun begitu, doktor tersebut menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menegaskan bahawa perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana sudah tiada persefahaman antara dirinya dan Lufya lagi.
“Saya bukan gay. Takkan bila badan sado dengan ramai kawan lelaki terus dicop gay?”
Malah Dr Che Hafiz menambah terdapat alasan lain yang membawa kepada perpisahan ini namun tidak dapat mendedahkannya untuk pengetahuan umum.
Menurut lelaki itu lagi, ramai yang terkena dengan tuduhan yang sama pada zaman sekarang ini. Selain turut mengatakan bahawa ada sahaja orang yang boleh menggunakan gambarnya untuk membuat akaun palsu.
“Saya hanya ada akaun Facebook dan Instagram saja. Kalau nak kenal siapa individu sebenar di sebalik identiti saya itu ajak la dia keluar.”
Sebagai seorang doktor yang bakal membuka klinik sendiri tak lama lagi, Dr Che Hafiz memandang serius dengan dakwaan tersebut kerana tidak mahu orang lain salah faham dan menyangkakan hal yang bukan-bukan mengenainya.
Di kesempatan ini, lelaki ini turut meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati apabila terdengar mengenai berita yang tidak sahih. Malah Dr Che Hafiz juga langsung tidak meletakkan kesalahan tersebut kepada para netizen yang membuat andaian sendiri.
“Mereka hanya komen berdasarkan pengetahuan yang mereka tahu dengan dipengaruhi orang sekeliling.”
Semoga Lufya dan Dr Che Hafiz kini bahagia dengan lembaran hidup yang baru.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments