#Hiburan: Kes Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Baru-baru ini kecoh dengan dakwaan mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri memukul anak angkatnya, Ameena yang baru sahaja berusia dua tahun. Rata-rata netizen berang dengan tindakannya itu sehingga “menyerang” akaun Instagram usahawan kosmetik itu bagi menuntut penjelasan berhubung isu tersebut.

aliff syukri pukul anak angkat

Terbaru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihak polis telah pun menahan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuannya semalam.

Bagaimanapun, Aliff telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik sahaja siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

aliff syukri dibebaskan jaminan polis

Tangkapan dibuat ke atas Datuk Aliff, semalam. Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil saksi yang ada kaitan dengan kes berkenaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2012.

ameena aliff syukri

Terdahulu, Fadzil mengesahkan pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada pembantu rumah Aliff pada hari Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan polis yang diterima pada 3.55 petang itu, pengadu memaklumkan suspek memukul anak angkat yang berada di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk publisiti.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments