Baru-baru ini kecoh dengan dakwaan mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri memukul anak angkatnya, Ameena yang baru sahaja berusia dua tahun untuk tujuan publisiti, “content” untuk melariskan lagi saluran YouTube miliknya. Rata-rata netizen berang dengan tindakannya itu sehingga “menyerang” akaun Instagram usahawan kosmetik itu bagi menuntut penjelasan berhubung isu tersebut.
Tidak lama selepas itu, pihak polis mengesahkan Aliff telah pun ditahan pada Khamis lalu dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik sahaja siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
Sejak kes berkenaan hangat diperkatakan di media sosial, ramai juga yang ternanti-nanti kenyataan lanjut daripada isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida. Adakah segala dakwaan berkaitan suaminya memukul anak angkat mereka itu benar?
Enggan mengulas lebih lanjut, Shahida mengatakan dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak polis. Sebaik-baiknya perkara itu diselesaikan oleh pihak yang berwajib.
Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan. Saya tak ada apa nak komen, biar polis buat kerja mereka.
Buat masa ini, Aliff juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kes tersebut dan dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang kenyataan agar tidak mengganggu siasatan polis serta mengeruhkan lagi keadaan. Dia juga memohon netizen agar berhenti membuat sebarang spekulasi.
Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumahnya, Aliff didakwa telah memukul anak angkatnya dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya. Dia dikatakan melakukan perbuatan itu kerana ingin merakam gelagat anak kecil itu menangis untuk tujuan meraih tontonan tinggi di saluran YouTube miliknya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments