Siapa yang tidak kenal dengan selebriti kontroversi Azwan Ali atau Diva AA. Dikenali dengan laharannya yang panas, baru-baru ini pengacara sensasi itu memuat naik video meluahkan rasa bengangnya dan memaki hamun pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dia bertindak demikian selepas penguatkuasa DBKL telah menyaman keretanya yang diparkir di kawasan letak kereta di Bangsar. Azwan tidak berpuas hati dengan tindakan DBKL itu kerana mendakwa sudah meletakkan nota di cermin kereta untuk memaklumkan meter parkir di kawasan terbabit rosak dan dia tidak boleh membuat bayaran.
Maki hamun tidak puas hati disaman
Boleh bincang dengan elok
Insiden tersebut mendapat perhatian Pengerusi Kesatuan Sekerja Anulae DBKL, Zakaria Abdullah yang meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Azwan itu. Sebagai seorang yang dikenali, dia sepatutnya cuba untuk berbincang serta menyelesaikan perkara itu dengan cara lebih berhemah.
Saya pelik dengan Diva AA ini. Anggota kita menjalankan tugas. Ada ruang untuk Diva AA terbabit datang berjumpa Pegawai Kompaun dan masa itu ceritalah puas-puas apa sebenar berlaku.
Janganlah oleh kerana kita terkenal dipuja orang kita boleh sesuka hati memaki hamun anggota perkhidmatan.
“Dah maki berbulan-bulan, baru terhegeh-hegeh nak berikan maklum balas” – Azwan Ali
Tampil membalas segala kritikan yang dilemparkan kepadanya, Azwan berkata dia bukan sesuka hati ingin mengamuk atau memaki hamun sesiapa tetapi tindakannya itu berasas.
Kenapa saya dah maki berbulan-bulan, baru DBKL terhegeh-hegeh nak berikan maklum balas. Video itu episod pertama dua bulan lalu. Baru sekarang nak bertindak?
Azwan mengakui tidak hairan sekiranya ada mana-mana pihak mahu mengambil tindakan terhadapnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments