#Hiburan: Tangan Melecur Kena Minyak Panas, Fattah Amin Larang Fazura Masak

Pelakon Fattah Amin begitu risau apabila isteri tercinta, Nur Fazura cedera ketika memasak. Menerusi Insta Story, pelakon itu mengongsikan foto pergelangan tangan isterinya melecur akibat terkena percikan minyak panas.

tangan fazura melecur

Bercerita mengenai insiden tersebut, Fazura memberitahu secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanannya. Fattah ada beberapa kali mengajaknya ke hospital, namun Fazura agak bimbang disebabkan keadaan krisis COVID-19 dimana penyebaran wabak tersebut semakin meningkat.

Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri.

tangan fazura melecur

Pada awalnya Fazura agak takut melihat ada gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu. Bagaimanapun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif dan kulit mula kering.

Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah, nampak kesan luka itu semakin mengering. Terima kasih kepada peminat yang memberi pelbagai petua untuk diamalkan.Saya sangat menghargainya.

tangan fazura melecur minyak panas

Masih trauma dengan apa yang berlaku, Fazura berkata buat masa ini dia tidak akan memasak. Malah, Fattah juga melarangnya untuk memasak.

Dapur akan ‘ditutup’ buat masa ini. Suami pun tak bagi saya masak dan dia nasihatkan saya berehat sahaja.

tangan fazura melecur minyak panas

Bertuah Fazura mempunyai seorang suami yang sangat penyayang. Berehat je lah dan semoga cepat sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments