#Hiburan: Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Sajat

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman selepas dia gagal hadir ke sesi pendakwaan kes di mahkamah tanpa sebarang alasan kukuh.

sajat waran tangkapSebelum ini, dia dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984. Jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, Sajat tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir pada pengurusan kes tersebut pada pagi semalam.

waran tangkap sajat

Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Terdahulu, Sajat pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

sajat jakim

Malah, dia juga pernah didakwa memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019. Ia adalah tindakan susulan selepas, pegawai Unit Farmasi, KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos lalu sebelum merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments