Seperti yang dimaklumkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sudah dilanjutkan sehingga 14 April, hanya seorang wakil daripada setiap keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian atau ubat-ubatan.
Tentulah tugas ini diambil oleh ketua keluarga dan pastinya ramai lelaki di pasaraya. Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah, Michael Ang yang secara berseloroh berkata ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk wanita solo dan wanita yang “sukakan suami orang” di luar sana pergi ke pasaraya untuk mencari jodoh.
Perkongsian Michael itu membuatkan ramai pengikutnya gelak besar. Malah, rakan selebriti terkenal juga turut terhibur dengan “cadangannya” itu untuk wanita yang masih bujang.
Nampaknya ramai lah isteri-isteri yang “naik hantu” nanti. Apa-apa pun, tak salah kalau gunakan kesempatan ini untuk cari jodoh, mana tahu benar-benar jumpa cinta sejati, asalkan bukan suami orang ye. Heh.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments