Pelakon Mira Filzah dan jejaka yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengannya, Wan Emir Astar dikhabarkan bakal disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober tahun ini.
Menurut satu sumber kepada Astro Awani, pasangan ini bakal mengadakan majlis raja sehari mereka di ibu negara. Bagaimanapun, Mira dan Emir sehingga kini masih mengunci mulut dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai hubungan percintaan mereka.
Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini.
Difahamkan Wan Emir sudah menghantar rombongan merisik dan timbul desas-desus mereka bakal mengikat tali pertunangan pada September depan.
Cinta hati pelakon popular itu bukan calang-calang orangnya, Wan Emir merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Lelaki itu merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kini mereka sudah kembali mesra bersama dan timbul pula bibit cinta.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments