Tindakan penyanyi Naim Daniel menyunting gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk teaser bagi mempromosikan lagu terbaharunya bersama Ismail Izzani berjudul Covid-19, mengundang rasa kurang senang netizen.
Foto tersebut memaparkan Naim dan Ismail Izzani berdiri di sebelah baginda yang sedang duduk sambil memegang sekeping kertas bertulis #StayHome dan #DudukRumah.
Selepas teruk dikecam, Naim tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui dia tidak sensitif dan peka dengan isu tersebut.
Hari ini saya nak bercakap fasal lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong.
Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak. Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka.
Difahamkan, lagu Covid-19 itu merupakan inisiatif Naim dan Ismail untuk memberikan nasihat dan kesedaran kepada orang awam agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal kuarantin di rumah masing-masing. Malah, lagu itu dihasilkan hanya dalam masa 24 jam dan lebih menarik lagi, ia turut diselitkan sedutan kata-kata dari pengacara popular Azwan Ali yang tular di media sosial baru-baru ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments