#Hiburan: Kami Tak Benci LGBT, Yang Haram Tetap Haram – Bunkface

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai lagu terbaru kumpulan Bunkface berjudul, Akhir Zaman yang didakwa seakan melakukan “serangan” terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) selain menyentuh isu sensitif politik dengan lirik yang agak kasar.

bunkface akhir zaman

Setelah lama berdiam diri akhirnya kumpulan itu tampil memberi penjelasan. Menurut Bunkface, mereka tidak menyebarkan kebencian terhadap golongan tersebut tetapi hanya mempertahankan maruah agama Islam.

Menurut vokalisnya iaitu Sam, lirik berbunyi “LGBT pergi mampus” itu tidak ditujukan keada mana-mana individu, sebaliknya ia satu teguran kepada gerakan komuniti yang semakin berleluasa seluruh dunia.

bunkface lgbt pergi mampus

Perkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa, tetapi ia fokus kepada gerakan komuniti terutama mereka beragama Islam di negara ini.

Memetik sebaris ayat dari kitab suci al-Quran, ‘engkau agamamu aku agamaku’ menerusi surah Al-Kafirun ayat enam. Mesej lagu ini hanya ditujukan kepada mereka beragama Islam. Lebih lagi, lirik lagu ini dihasilkan dalam bahasa Malaysia kerana majoriti umat Islam terdiri daripada bangsa Melayu. Ia supaya jelas, nyata dan terang untuk difahami.

bunkface lgbt

Bunkface memberitahu mereka mahu ajaran Islam menjadi pegangan dan diketengahkan dalam lagu mereka.

Sekali lagi, saya ingin menekankan kami tiada niat mahu membenci mana-mana individu atau mempromosikan kebencian terhadap mereka. Apa yang kami tentang adalah gerakan LGBT yang sedang mempromosikan hak secara terangan di Malaysia. Lagu ini ditujukan khas kepada mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.

bunkface lgbt pergi mampus

Yang haram tetap haram. Definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang ditetapkan Allah SWT.

Gara-gara kontroversi yang melanda, muzik video lirik lagu tersebut telah dipadamkan dari YouTube. Bagaimanapun, kumpulan itu tetap berterima kasih kepada segala kritikan positif mahupun negatif yang diberikan pendengar terhadap lagu Akhir Zaman.

Sumber Berita :  BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments