Beberapa minggu lalu, kecoh mengenai kontroversi pelakon Chacha Maembong dicium abang iparnya di bahagian pipi kanan ketika majlis pernikahan kakaknya, Emma Maembong.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu salah di sisi agama dan tidak menjaga batas pergaulan antara ipar duai yang bukan mahram.
Setelah teruk dikecam netizen, Chacha akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut dan menegaskan aksi itu tidak keterlaluan serta tidak menjadi satu kesalahan kerana dia sememangnya seorang yang sangat manja dengan abang ipar.
Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.
Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je halal, so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu. Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family pasal benda ni.
Pada Chacha, foto itu biasa sahaja dan ada juga ramai orang lain yang berbuat demikian tetapi hanya kerana dia bergelar selebriti, aksi itu mendapat perhatian ramai dan pasti dikecam teruk.
Pasal gambar tu, it’s a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila gentam saya?
Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita. So, cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa, so i just keep it low.
Mungkin pada Chacha tindakan itu sudah menjadi perkara biasa. Namun, janganlah memberikan contoh kurang baik kepada masyarakat. Jagalah batas pergaulan dan jangan pula menimbulkan fitnah, bersikap terbuka menerima nasihat orang lain demi kebaikan diri dan keluarga.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments